fbpx

Best experience on
CITY-LINK Express App

Install

Kenyataan Penjual “GGATORART” Di Aplikasi Tiktok

KENYATAAN MEDIA
KENYATAAN PENJUAL “GGATORART”DI APPLIKASI TIKTOK

Kami ingin memberikan pencerahan terhadap penukaran parcel yang berlaku baru-baru ini yang telah diviralkan dan ingin mengambil iktibar daripada isu ini sebagai langkah preventif.

Insiden ini berlaku apabila parcel yang telah diambil dari Ejen Drop In Centre, berkemungkinan terjadinya pergeselan antara parcel ketika berada dalam transit yang menyebabkan pelekat kertas AWB tertanggal. Kejadian ini disedari semasa ketibaan parcel di HUB City-Link Express dan telah dipulangkan semula dalam keadaan seadanya cuma tanpa AWB kepada Ejen Drop-in-Centre pada keesokan harinya.
Hal ini dibuktikan melalui rakaman CCTV dari pihak Ejen kami yang telah dikongsikan dengan pihak pengadu.

Menurut siasatan kami, di dalam situasi sebegini, dimana AWB tidak ditemui dan tiada butiran di bahagian luar, parcel perlu di buka untuk mendapatkan maklumat pengirim mahupun penerima untuk dihubungi.

Sekiranya usaha ini gagal, pihak ejen perlu menunggu pihak empunya untuk datang menuntut ataupun panggilan dari pihak kurier. Melalui kes ini, kami telahpun menyelesaikannya dengan pihak pengadu dan berterima kasih atas perhatian dan maklum balas yang dikongsikan. Kami sentiasa peka demi memperbaiki perkhidmatan kami.

Di sini ingin kami kongsikan tips untuk mengelakkan dari terjadinya kes sebegini, antaranya;
1- Tuliskan nombor AWB diatas parcel dengan menggunakan Pen Dakwat Kekal.
2- Sertakan Nama & Nombor Telefon Penerima
3- Selitkan salinan kertas AWB ke dalam parcel sesekiranya ia hilang/koyak/basah

Prosedur ini dapat membantu pihak kourier mengenalpasti status parcel anda sekiranya insiden seperti ini berlaku dimasa akan datang.
Dimasa yang sama, kami ingin menyeru para pengguna untuk lebih berhati-hati dan beretika ketika berkongsi maklumat di media sosial.

Akhir kata dari pihak City-Link Express – jaga diri, jaga keluarga dan doa supaya kita dilindungi.


Pihak Pengurusan
City-Link Express Malaysia
7hb Ogos 2021

City-Link Express
Monday to Friday 9am to 5pm
Saturday 9am to 1pm

City-Link Express
Hello and thank you for reaching out to City-Link customer service team.
How can we help you today?

Please type-in one of the following options:
1. Assistance with customer service inquiries
2. Business-related inquiries
3. Pick-up related inquiries
4. Human resources inquiries
5. Finance-related matters
1:40
×
Chat with Us