fbpx

Best experience on
CITY-LINK Express App

Install

City-Link Express awarded as Majikan Prihatin by PERKESO

Pada 11 Mac 2023, City-Link Express diwakili oleh Yennie Chua, Pengurus City-Link Express kawasan Melaka telah dipilih sebagai salah satu penerima Anugerah Majikan Prihatin oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sempena penyertaan City-Link Express di dalam Karnival Kerjaya MyFutureJobs Melaka CareerTrans 2023. 

Program tersebut bertempat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dan membabitkan hingga 25 majikan daripada pelbagai sektor dan industri.  

Perasmian telah dilakukan oleh 1) Majlis Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Negeri – Ngwe Hee Sem 2) Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Melaka, Abd Razak Omar.

Menurut Hee Sem, karnival tersebut merupakan acara tahunan bagi negeri Melaka dan PERKESO sejak dua tahun lalu dan telah mendapat sambutan yang sangat baik dari kedua-dua  majikan dan peserta. Syarikat swasta seperti Petronas, Sime Darby Plantation Berhad, Maybank Berhad, Infineon Technologies (M) Sdn Bhd, Honda Malaysia Sdn Bhd, Hatten Hotel Melaka A Famosa Resort contohnya telah menyertai karnival yang lepas.

Hee Sem juga berkata bahawa industri gig juga telah diketengahkan dengan penglibatan daripada platform digital seperti Grabcar, Theal Medical Services dan Akla Services yang menawarkan peluang pekerjaan di dalam ekonomi Gig. Karnival pada tahun ini menyaksikan peluang pekerjaan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang ditawarkan adalah sehingga 10 peratus kerana karnival tersebut mensasarkan untuk mencapai kadar pengambilan pekerja yang lebih tinggi dan inklusif. 

Abd Razak Omar selaku wakil dari PERKESO pula menekankan agar pekerja e-hailing mendaftar dengan PERKESO untuk mendapatkan caruman sebagai perlindungan kepada diri mereka. Beliau berkata dalam 5,800 pekerja e-hailing di Melaka, masih ada yang tidak berdaftar dengan PERKESO.

City-Link Express
Monday to Friday 9am to 5pm
Saturday 9am to 1pm

City-Link Express
Hello and thank you for reaching out to City-Link customer service team.
How can we help you today?

Please type-in one of the following options:
1. Assistance with customer service inquiries
2. Business-related inquiries
3. Pick-up related inquiries
4. Human resources inquiries
5. Finance-related matters
1:40
×
Chat with Us