Pada hari Jumaat, 9 April baru-baru ini, City-Link Express serta Kementerian Pengangkutan Malaysia dan beberapa organisasi p-hailing yang lain telah menganjurkan Kempen Keselamatan Jalan Raya P-Hailing bersama-sama. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, tujuan utama kempen ini adalah untuk memberi kesedaran dan latihan kepada penungang motor p-hailing supaya sentiasa menjaga keselamatan di jalan raya. Kempen tersebut merupakan salah satu usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan yang tinggi dalam kalangan penunggang p-hailing seperti yang dilaporkan oleh statistik.
Beliau juga telah menggalakkan penunggang p-hailing untuk mendaftar dan mencarum dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 untuk faedah perubatan, faedah hilang upaya kekal dan faedah orang tanggungan sekiranya terbabit kemalangan
City-Link Express faham akan perjuangan dan pengorbanan para penunggang kami yang sentiasa berkerah tenaga di jalan raya. Kami akan memberi sepenuh perhatian dan sokongan kepada inisiatif serupa dalam menjamin kesejahteraan bersama City-Link Heroes kami pada masa hadapan.