Hadiah Raya Bermakna

City-Link Express turut bersedih kerana Raya Aidilfitri untuk bergembira dengan keluarga dan kenalan masih tidak dapat dinikmati lagi bagi tahun ini. Walaupun begitu, ianya bukanlah penghalang untuk kita menzahirkan salam rindu dan tanda ingatan kepada mereka yang tersayang. Mari ceriakan orang kesayangan terutamanya ibu ayah yang berada di kampung dengan hadiah yang sihat lagi bermakna bagi bulan Syawal ini.

City-Link Express komited dengan frasa “Makanan Sihat, Badan Cergas” bagi kempen ini yang mana telah terbukti dari segi sains dan perubatan. Di samping pemakanan seimbang, makanan tambahan semulajadi untuk kesihatan juga dapat membantu pencernaan serta penyerapan khasiat yang diperlukan terutamanya bagi mereka yang berpenyakit.

Pakej “Hadiah Raya Bermakna” kami terdiri daripada produk yang berikut:

Kurma Medjoul Addiafah
Kurma jenis ini popular kerana saiznya yang besar sehingga digelar Raja Kurma. Isinya yang tebal dan lembut secara umumnya adalah lebih manis berbanding kurma jenis lain. Kurma ini merupakan produk dari kawasan Jericho di Palestin yang mana iklimnya sangat sesuai untuk menghasilkan kurma dengan kualiti terbaik. Kurma ini tinggi dengan potasium, vitamin, mineral dan bebas natrium, lemak dan kolestrol. Seperti yang ditulis oleh pakar pemakanan berdaftar dari Kumpulan Healthline, kurma terbukti dapat membendung penyakit tulang dan diabetes disebabkan oleh kandungan nutrisinya.

Madu Kausar Gold
Memperkenalkan Madu Kausar Gold, antara madu asli tulen yang mengandungi antioksidan tertinggi berbanding madu jenis lain untuk membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser. Madu ini dikumpul oleh lebah daripada bunga thyme di pergunungan Sabalan di Azerbaijan. Madu Kausar Gold ini ialah produk import terus dari Iran yang telah dituai dan diproses dengan teknologi terkini untuk mengekalkan kadar antioksidan yang tinggi dan mengurangkan kelembapan agar madu tersebut tahan lama. Penghasilanya melalui proses yang minima tanpa penapisan-ultra dan perisa tambahan serta menepati piawaian antarabangsa. Ia telah diiktiraf oleh pihak organisasi Piawaian Iran, EU dan Piawaian USA dan UNIPEQ.

Gam Arab
Gam arab merupakan sejenis fiber yang boleh larut dalam air, diperoleh daripada pokok acacia. Pada musim kemarau, kulit pokok ini akan pecah dan lelehan getahnya akan mengeras yang mana digelar gam arab. Artikel dari Academic Press (2018) menyebut bahawa gam arab mengandungi probiotik untuk membantu pencernaan, mencegah radang usus, menurunkan tekanan darah, serta mengurangkan kolestrol, risiko penyakit jantung, diabetes dan strok. Selain itu, gam arab juga popular sebagai pembantu diet kerana ia menyebabkan rasa kenyang. Kualiti gam arab ditentukan mengikut jenis pokok. Gam arab dalam pakej ini berasal dari pokok acacia yang mana menghasilkan gam arab berkualiti tinggi berbanding pokok Combretum dan Albizia. Gam arab hanya perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit setiap hari manakala bagi pesakit yang bergantung kepada ubat-ubatan untuk kelangsungan hidup terutamanya antiviral dan antibiotik, pengambilan gam arab perlulah atas nasihat doktor.

Harukan mereka yang tersayang dengan “Hadiah Raya Bermakna” ini di samping membantu mengekalkan kesihatan mereka. Salam Raya dari kami di City-Link Express.

Rujukan
Ahmed, Abdelkareem. (2018). Health Benefits of Gum Arabic and Medical Use. 10.1016/B978-0-12-812002-6.00016-6.
Elliott, B. (2018, March 21). 8 Proven Health Benefits of Dates. Healthline. https://www.healthline.com/nutrition/benefits-of-dates.

Drop Your Email Below & To Stay Connected!

    The field is required.

    BusinessPress MediaCSR

    Follow Us